PeterTing

NGGB (#2) – Kenaikan yang kuat, +20%

MYX:NGGB   NEXTGREEN GLOBAL BERHAD
Salam kepada semua.

Berikut adalah ulasan terkini selepas ulasan NGGB yang dibuat pada 30th Oct. (Link - )

1. Merujuk kepada ulasan NGGB yang lepas, paras sokongan 0.46 dipilih berdasarkan 10-hari pembeli dikesan giat menyokong harga tersebut.
2. Dengan masa 3 hari sahaja, NGGB menunjukkan momentum besar, harga melonjat dari paras 0.47 ke harga tertinggi dicatat, pada 0.565. Harga rintangan, 0.505 dan 0.535 yang diberi pada ulasan yang lepas habis dipecah.
3. Berdasarkan “Fibonacci Key Levels yang terbaru, 0.565 adalah harga rintangan yang terkini. Jika harga ini pecah, saya percaya target selepasnya adalah 0.595 (Fibo Key yang seterusnya).
4. Harga sokongan yang terkini; 0.54, 0.52, 0.505.

Perkongsian ini hanyalah untuk tujuan pembelajaran dan informasi sahaja. Saya tidak mengesyorkan untuk sesiapa supaya membeli/menjual sebarang "counter" yang disebutkan di ruang ini. Sebarang keputusan untuk jual/beli haruslah diselidik dahulu ataupun meminta pendapat rakan professional dalam bidang pelaburan dan dagangan. Ini kerana ada risiko yang besar dalam dagangan and niaga saham dan saya tidak nasihatkan kawan-kawan supaya melabur lebih dari yang mampu. Sekian.
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.