FauziSaham

ATURMAJU bersedia untuk membuat uptrend

MYX:ARBB   ARB BERHAD
Jika dilihat pada carta mingguan Aturmaju, ianya bertepatan dengan teori atau kaedah fasa pengumpulan WYCKOFF.

FASA A : Menandakan penghentian tren menurun. Kita dapat lihat harga sebelum ini dalam tren menurun, tetapi di FASA A, berlaku kenaikan volume dan kenaikan harga yang agak tinggi. Ini menyerap momentum bearish. Kemudian ianya kembali turun dengan kadar yang lebih perlahan.

FASA B : Fasa ini adalah fasa pengumpulan minat pelabur profesional besar atau institusi berikutan harga yang murah. Di sini profesioanal mengawal kenaikan harga dengan melakukan pembelian dan penjualan. Bermula dengan volume yang besar dan juga swing yang besar, ianya beransur-ansur berkurang. Apabila volume dan swing menjadi kecil iaitu kenaikan (retailer) sudah keletihan, maka ia bersedia untuk FASA C.

FASA C : Di fasa ini ia menguji bekalan (supply/seller) dengan menjatuhkan harga dari paras terendah. Waktu ini operator "Smart Money" akan melihat dan memastikan jika saham ini bersedia untuk membuat mark up. Kejayaan ujian ini ditunjukkan apabila volume ketika kejatuhan adalah rendah dan harga kembali naik ke paras terendah sebelum ini.

FASA D : Di fasa ini harga membuat sokongan baru yang lebih tinggi selepas sedikit mark up. Dan permintaan (demand/buyer) konsisten mengatasi bekalan (supply/seller). Di fasa ini juga menunjukkan volume kembali meningkat di mana, para pelabur mula memasuki.

FASA E : Di sini lah fasa mark up atau kenaikan sebenar akan bermula di mana permintaan telah benar-benar menguasai bekalan. Atau boleh dikatakan ini adalah fasa permulaan kenaikan atau tren menaik setelah fasa pengumpulan.

Jika dilihat di FASA D, ianya membuat corak mendatar Elliott Waves abcxabc. Dan volume juga mula tinggi. Harga juga konsisten di atas awan Ichimoku. Ini memberi isyarat bahawa ianya bersedia untuk memasuki FASA E (kenaikan).

Jadi bilakah atau entry sesuai?

Entry sesuai adalah apabila harga melepasi puncak (badan candle) FASA D iaitu 0.470. Atau apabila harga melepasi Kijun Ichimoku di 0.425.
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.