AmmarAbdSamat

Khee San : Masih bullish (E05)

MYX:KHEESAN   KHEE SAN BHD
Khee San Berhad adalah syarikat pegangan pelaburan berpangkalan di Malaysia. Segmen Syarikat termasuk Pelaburan, dan Pembuatan dan perdagangan. Kategori utama produk untuk Syarikat adalah Gula-Gula dan Kembang, dan Wafers.

1. Merujuk pada post terdahulu (rujuk pautan di bawah), KSB gagal utk meneruskan momentum apabila gagal memecahkan rintangan RM0.375 sebelum kembali ke paras sokongan semasa.

2. Paras sokongan dan rintangan kekal pada RM0.330 dan RM0.375.

3. Candle doji yg terbentuk menunjukkan tekanan jualan sudah mulai reda. OBV juga mengesahkan apabila tiada pengaliran volume keluar yg drastik.

4. Sekiranya sesi dagangan esok ditutup lebih tinggi dari hari ini, KSB berpotensi utk meneruskan momentum kenaikkan.

Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.

면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.