MuhammadAlTrader

TECHBOND: ikatan yang kuat bakal terbina

MYX:TECHBND   TECHBOND GROUP BERHAD
1) Kaunter ini baru melintas pada MA20 menunjukkan terdapat usaha jangka sederhana untuk menaikkan harga kaunter ini.
2) Paras sokongan terendah bagi kaunter ini pada 0.735 dan rintangan seterusnya pada 0.880 dengan risk reward ratio lebih kurang 1:2.
3) Indikator MACD telah bersilang antara garisan MACD dan signal, tetapi perlu berhati hati kerana masih berada di bawah paras 0.
4) Kaunter ini juga didagangkan di atas MA 10, menunjukkan kekuatan dalam trend jangka pendek.
5) Indikator Stoch RSI juga berada pada paras 50 menunjukkan momentum build up dan bakal melakukan kenaikan lagi.
6) Indikator Parabolic SAR juga telah melintas ke bawah menunjukkan trend kenaikan dan kita boleh ride the trends selagi candle diatas parabolic SAR.
7) Secara keseluruhan, kaunter ini baru didagangkan di Bursa Malaysia sejak bulan Disember tahun lepas, dan harga terkini adalah harga yang masih rendah. Selagi harga tidak pecah harga terendah/sokongan, kaunter ini masih menarik untuk diperhatikan.
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.