MuhammadAlTrader

EDARAN: Masih ada game

MYX:EDARAN   EDARAN BHD
1) Walaupun kaunter ini dibuka lemah hari ini, tetapi kaunter ini masih menarik untuk diberi perhatian jika dilihat dalam perspektif jangka pendek.
2) Paras sokongan terdekat kaunter ini adalah pada 0.540 dan rintangan seterusnya pada 0.610 dengan risk reward ratio lebih kurang 1:2.
3) Kaunter ini lemah hari ini tetapi jika dilihat pada volume penjualan adalah masih rendah dibandingkan dengan volume pembelian beberapa hari sebelum ini.
4) Indikator MACD juga berada diatas 0 dan telah bersilang antara garisan MACD dan garisan signal.
5) MA 10 dan MA 20 juga telah bersilang pada paras 0.560 dan menunjukkan trend jangka pendek adalah trend menaik.
6) Indikator Parabolic SAR juga telah melintas ke bawah beberapa hari lepas, selagi berada di bawah candle kita boleh ride the trend.
7) Cuma masih perlu berhati hati kerana indikator stoch RSI berada dalam keadaan overbought dan kemungkinan akan melakukan retracement sebelum meneruskan kenaikan seterusnya.
8) Selagi kaunter ini tidak turun lebih 50% daripada kenaikan tertinggi sebelum ini, kaunter ini masih dalam keadaan uptrend dan masih boleh diharap.
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.