PeterTing

UNISEM – Nantikan corak “bearish reversal”

MYX:UNISEM   UNISEM (M) BHD
Salam kepada semua.
Berikut adalah analisa teknikal buat UNISEM
1. Corak carta sedang membentuk satu “head & shoulder” yang memberi signal “bearish reversal”
2. Paras sokongan yang penting buat masa ini adalah 2.79
3. RSI tidak dapat bertahan atas 50% menunjukkan kelemahan pembeli(buyers).
4. MACD bergerak ke bawah menunjukkan kelemahan trend dan tambahan pula candlesticks sudah bertukar ke warna kuning. Candlestick kuning menunjukkan trend yang melemah.
5. Perhatikan sokongan penting, 2.79. Jika paras ini tidak dapat bertahan, maka saya jangka harga akan turun to paras 2.60.

Perkongsian ini hanyalah untuk tujuan pembelajaran dan informasi sahaja. Saya tidak mengesyorkan untuk sesiapa supaya membeli/menjual sebarang "counter" yang disebutkan di ruang ini. Sebarang keputusan untuk jual/beli haruslah diselidik dahulu ataupun meminta pendapat rakan professional dalam bidang pelaburan dan dagangan. Ini kerana ada risiko yang besar dalam dagangan and niaga saham dan saya tidak nasihatkan kawan-kawan supaya melabur lebih dari yang mampu. Sekian.
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.