Pelabur

MUDA terus menongkah keatas dengan corak K&B Terbalik

MYX:MUDA   MUDA HOLDINGS BHD
1. Semalam kita menyaksikan indeks masih bertahan kuat diatas 1800, namun keadaan market global seperti Dow Jones agak bergoyang kuat. Saranan untuk pelabur terus berhati-hati, dan dalam masa sama cuba mencari peluang beli pada "dips" sekiranya kejatuhan berlaku.
2. Satu saham yang naik dan menongkah keatas dengan baik ialah MUDA MUDA dimana harga berjaya merentasi dua downtrend line, dan breakout dengan pattern Kepala & Bahu Terbalik (Inverted Head & Shoulder) - satu pattern reversal yang sangat kuat untuk mencari permulaan uptrend.
3. Mid Term uptrend untuk saham ini juga telah dapat dilihat secara jelas dengan pattern Higher High Higher Low (HH HL). Target price berdasarkan pattern K&B Terbalik ialah RM2.34.
4. Malam masih muda untuk saham MUDA.
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.