MYX:MRCB   MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION BERHAD
MRCB di lihat ketika ini bergerak secara mendatar, tetapi RSI menunjukkan momentum sedang meningkat, masih lemah, tetapi ada peningkatan. Stochastic pula berkemungkinan telah malalui kitaran pusingan di paras terendah dan berkemungkinan akan naik. Bollinger Band nampak seperti mendatar, tetapi jika di amati, sebenarnya ada terlihat sedikit kenaikan pada garisan tengah BB, ini adalah satu petunjuk yang positif, namun begitu harga semasa MRCB masih lah berada di bawah garisan tengah itu, boleh lah di masukkan MRCB ini ke dalam senarai saham yang berkemungkinan berpotensi naik, andai kata harga MRCB merangkak naik ke atas garisan tengah BB, ini adalah satu petunjuk positif beli. Hari ini bajet akan di bentangkan petang nanti, jika ada berita positif berkait sektor pembinaan, sudah tentu akan memberi kesan posotif terhadap MRCB. apapun, kita tunggu dan lihat akan petunjuk yang kukuh sebelum membuat tindakan.
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.