ichivergence_hunter

N2N Potensi Sideway dan Pembetulan Harga

MYX:N2N   N2N CONNECT BHD
Sejak bulan April 2018 sehingga penghujung Julai 2018, kaunter N2N telah membuat 100% kenaikan. Menarik kan? Dalam masa 4 bulan sahaja kalau labur dengan N2N dah dapat pulangan 100%. Tapi yang tak menarik, bila dah 100% kenaikkan kebiasaannya akan berlakunya pembetulan harga (correction) dan dengan ertikata lain harga akan turun antara 15% – 30%. Pada 27 Julai 2018, N2N mengumumkan untuk memberikan ESOS (EMPLOYEES SHARE OPTION SCHEME) sehingga 15%. Ini membuatkan kebarangkalian untuk berlaku pembetulan harga menjadi lebih tinggi.

Jika dilihat daripada chart N2N seperti dibawah, pada hari ini iaitu pada 1 Ogos 2018, candle harga bergerak sideway dah menghampiri awan kumo (kumo cloud) seterusnya akan memasuki awan dan turun ke bawah. Kami jangkakan dua kawasan potensi untuk harga rebounce semula iaitu di aras RM1.01 dan RM0.955. Sama-sama kita follow N2N ni ya. Bagi yang tengah hold kaunter N2N ni, hati-hati ya. Ini hanyalah sekadar analisis kami, boleh gunakan sebagai panduan sahaja, ok.

면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.