FauziSaham

IFCAMSC beri isyarat kuat bullish

MYX:IFCAMSC   IFCA MSC BHD
IFCAMSC telah menunjukkan Quarter Report yang begitu memberangsangkan. Jadi kita lihat pada Analisis Teknikal samaada terdapat isyarat yang kuat untuk kita entry.

Dari segi Analisis Teknikal, IFCAMSC telah menunjukkan pergerakan Bollinger Bands (BB) yang sangat positif sejak Januari 2019. Bermula dengan BB breakout, kemudian berlaku pembuangan dan akhirnya berjaya membuat base yang utuh di mid BB sebelum melonjak tinggi. Ini adalah bullish pattern BB.

Kemudian kita nampak anomaly di mana candle kecil tapi volume tinggi. Ini menunjukkan permintaan yang tinggi (buying interest). Diikuti dengan bearish candle besar tetapi volume yang kecil (*1). Menunjukkan tekanan penjualan itu tidak sah kerana tidak diikuti oleh volume.

Kemudian ia terhenti di upper band BB deviation 1 yang bertindak selaku support. Seterusnya membuat candle bullish harami di support 0.250 (Chart di bawah akan nampak lebih jelas kenapa 0.250 menjadi support). Ini adalah satu isyarat bullish yang sangat kuat kerana ianya turut diikuti dengan kenaikan volume.

Rasanya telah cukup banyak isyarat yang diberikan untuk memberi keyakinan kita mengambil posisi buy. Tetapi apakah strategi entry yang boleh digunapakai?

Berikut adalah beberapa strategi yang boleh digunakan bergantung pada price action seterusnya:
1. Terus entry selagi ia tidak patah 0.250
2. Tunggu candle hijau ketiga berturut-turut (3 white soldiers) untuk entry.
3. Terus entry sekiranya dia open gap di atas 0.265 (breakaway gap)

Keluar jika patah 0.250. Atau jika price sudah melepasi 0.265, jadikan 0.265 sebagai support. Keluar jika 0.265 patah.

Dari carta zoom out ini, kita nampak dengan jelas kenapa 0.250 adalah strong support.

Target price menggunakan Fibonacci Retracement iaitu di 0.315, 0.355, 0.400

*Penafian: Analisis ini bukanlah buy call, tetapi hanyalah untuk tujuan pembelajaran. Anda dinasihatkan untuk membuat kajian sendiri terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Segala jual beli yang anda lakukan adalah atas tanggungan anda sendiri.
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.