ETF United States Commodity Index Fund dilihat bergerak dalam trend menaik sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Terkini pergerakan harga ETF ini dilihat menunjukkan kelemahan ketika harga meningkat naik Jika diperhatikan pergerakan harga seakan membentuk corak carta baji menaik yang kebiasaannya merupakan isyarat perubahan arah Petunjuk volum juga semakin berkurang ketika harga membuat tinggi baharu menunjukkan kehadiran 'divergence' Pergerakan RSI mingguan juga membentuk 'divergence' dengan dilihat bergerak bertentangan dengan pergerakan harga Harga walaubagaimanapun dilihat masih bertahan di atas sokongan corak carta berkenaan Namun, perlu diingat pergerakan komoditi adalah kebiasaannya berkolerasi langsung dengan kadar inflasi
Adakah harga mampu bertahan dan meneruskan kenaikan atau sebaliknya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!