Indeks sektor teknologi menunjukkan ia telah berjaya kembali ke atas trendline sokongan utama/major.
Kemudian ia berkonsolidasi seketika namun masih lagi bertahan di atas trendline sokongan major. Dan semalam membuat candle bullish.
Dengan sentimen Nasdaq yang naik dengan gagah malam tadi, sektor teknologi dijangka akan mendapat cukup tenaga untuk melepasi paras 33.16 atau EMA 50.
Namun rintangan sederhana mungkin perlu dihadapai di paras 34.60. Sekiranya indeks bertahan atas EMA 50 atau 33.16, ianya masih positif untuk meneruskan kenaikan.
Dan sekiranya paras 34.60 berjaya dibolosi, sasaran kenaikan adalah di Trendline Rintangan Major iaitu sekitar paras 42. Tempoh perjalanan menuju ke trendline rintangan ini kemungkinan besar lebih dari sebulan.