SYSCORP: Ada Potensi untuk "Reversal"

Sektor: Kilang Pengeluar
Industri: Jentera/Pembinaan/Mesin Perladangan

1. Analisa Trend

I. MYX:SYSCORP telah mengalami penurunan setelah ia capai harga tertinggi sepanjang 52 minggu diparas harga 0.470 pada 30 April 2021.
II. Pada 23 Ogos 2021, paras harga "resistance" ialah 0.340 dan paras harga "support" ialah 0.310. Namun, pada 24 Ogos 2021 paras harga "resistance" menjadi paras harga "support" baharu.
III. Paras harga "resistance" terkini ialah 0.370 dan paras harga "support" ialah 0.340.
IV. Kini, MYX:SYSCORP telah berada di atas paras harga "support" iaitu 0.350.
V. Bukan itu sahaja, ia juga telah memecahkan "Down Trendline" setelah melakukan penurunan.
VI. Boleh perhatikan bagaimana pergerakan MYX:SYSCORP.

2. Penunjuk indikator

I. Moving Average - Garisan EMA9(biru) sudah bersilang keatas garisan MA20(merah). Selain itu, MYX:SYSCORP juga masih berada dibawah garisan MA50(hitam) namun ada tanda MA20 mahu bersilang keatas garisan MA50.

II. MACD - Garisan MACD sudah bersilang ke atas garisan Signal.

III. RSI - MYX:SYSCORP menunjukkan ia sedang berada pada momentum yang baik apabila ia berada di atas paras 50.

Analisa yang dilakukan ini hanyalah idea daripada pandangan saya bagi tujuan pembelajaran.

면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.