NOTION merupakan syarikat di sektor teknologi. Dari segi FA, rating boleh tahan walaupun ada ketidakstabilan dari segi rekod pendapatan dan keuntungan.
P/E Ratio: 17.16 ROE (%): 5.62 Number of Share: 336.65m
Dari segi TA, harga sedang uptrend dan berada di atas MA20, MA50 dan MA 200. Selepas anjakan harga pada 5 Mei 2020, harga mulai retrace. Nampak support yang lebih kuat adalah di 1.160 walaupun ada juga support yang paling dekat dengan harga iaitu di 1.190. Boleh monitor untuk strategi BOD.