Selepas kejatuhan lebih 2% pada 10 Oktober lepas, KLCI telah pun berada dalam pergerakan sentimen negatif (bearish). Kejatuhan mendadak KLCI pada 10 Oktober dikaitkan dengan rancangan kerajaan untuk mengenakan cukai-cukai baru yang dijangka akan menjadi ucap tama pada pembentangan bajet tahunan 2019. Cukai-cukai tersebut juga dijangka digunakan untuk menampung kehilangan sumber pendapatan negara akibat daripada pemansuhan GST sebanyak sekurang-kurangnya 25 billion setahun dan bagi menebus kehilangan pendapatan negara selama 3 bulan cuti lepas tanpa cukai. KLCI pada waktu ini terhutang budi dengan harga minyak yang naik secara mendadak akibat ketegangan US dan Iran yang sedikit sebanyak mengurangkan sentimen negatif pelabur terhadap kestabilan negara.
Disebabkan kejatuhan pada 10 Oktober lepas, saya menganggarkan KLCI akan bergerak antara 1760 (rintangan MA 90 hari). Saya memilih 90 hari kerana ia adalah tempoh yang agak sesuai untuk sentimen pelabur jangka pendek terhadap bajet 2019 akan datang. Fibonacci ratio 0.382 Sekiranya ia berjaya menembusi melebihi 1760, ini bermakna pelabur telah pun yakin terhadap bajet 2019 yang bakal dibentangkan. Sekiranya ia gagal ditutup di atas 1760, pelabur tidak begitu 'berkenan' dengan bajet 2019 kelak.
Sokongan yang penting adalah 1700 (sokongan psikologI). Jika sokongan ini gagal dikawal rapi, KLCI dijangka akan turun lebih banyak sehingga ke 1660.