교육

sudah jatuh ditimpa icon

202
minggu lepas saham icon telah melakukan consolidation dan harga telah berubah daripada asal 0.035

peringatan untuk semua, kalau ada pegang kaunter consolidate, hati hati jangan terlebih jual kerana jumlah unit yang anda pegang sudah dikurangkan, setimpal dengan kenaikan harga.
maka, jika berlaku over sell dan anda tidak beli semula saham yang anda terlebih jual, ana akan didenda oleh bursa. anda akan rugi lebih banyak.

kebiasaannya saham yang melakukan consolidation adalah saham berharga bawah seposen, atau pun super penny. tak pernah nampak lagi saham harga mahal consolidate. saham mahal biasanya split, atau buat bonus issue untuk jatuhkan harga.

saham consolidate ni saya boleh cop sebagai saham cokia. sebelum harga menjadi super penny, anda sepatutnya dah lama cutloss. apabila saham consolidate, harga naik, dan kemudian pergi semula kepada harga sebelum consolidate, anda dah rugi berkoyan koyan.

kesimpulannya, ikut trading plan, pastikan ada trading plan.

면책사항

해당 정보와 게시물은 금융, 투자, 트레이딩 또는 기타 유형의 조언이나 권장 사항으로 간주되지 않으며, 트레이딩뷰에서 제공하거나 보증하는 것이 아닙니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참조하세요.