Idea analisis: - Wahed FTSE USA Shariah ETF (HLAL) merupakan salah satu daripada empat aset pilihan Wahed Invest. - Pergerakan HLAL sangat menarik untuk diperhatikan. - HLAL sekarang berada di dalam wave / gelombang pusingan ketiga. - Setiap pusingan gelombang ini mempunyai struktur masing² iaitu 1-2-3-4-5-A-B-C. - Dua pusingan gelombang telah berjaya dilengkapkan dan kini HLAL berada di wave 1 dalam gelombang pusingan ketiga. - Wave 1 ini pula mempunyai sub wave yang terdiri daripada i-ii-iii-iv-v. - HLAL berpotensi melengkapkan wave v dengan menuju ke fibonacci extension 161.8% iaitu pada paras harga USD 39.
Nota kaki - Penulis menggunakan konsep Elliott Wave (EW) dengan menggunakan dua tools iaitu fibonacci extension dan fibonacci extension. - Bagi memudahkan kefahaman, penulis membahagikan setiap pusingan gelombang mengikut warna: 1) Gelombang Pusingan Pertama diwarnakan dengan warna hitam / kelabu. 2) Gelombang Pusingan Kedua diwarnakan dengan warna hijau. 3) Gelombang Pusingan Ketiga diwarnakan dengan warna ungu.
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER: Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.