Saham syarikat Hibiscus Petroleum dilihat bergerak menaik sejak beberapa bulan dagangan yang lalu seiring kenaikan harga minyak dunia
Walaubagaimanapun, jika dilihat pada selang masa mingguan, pergerakan harga dilihat membentuk corak carta baji Kehadiran corak carta baji menaik ini kebiasaannya menandakan kelemahan dalam pergerakan harga Petunjuk RSI mingguan juga dilihat membentuk 'divergence' yang tidak selari ketika harga membuat kenaikan Volum juga dilihat berkurang tatkala harga membuat kenaikan, tidak selari dengan pergerakan harga Meskipun begitu, harga dilihat masih lagi mematuhi corak carta dan belum menunjukkan hala tuju sebenarnya Selagimana harga belum memecahkan corak carta dengan volum yang tinggi, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan
Mampukah harga bertahan dan membatalkan corak carta? Sama-sama kita perhatikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!