mdalifalwi

SEKTOR RUBBER GLOVE - Masih Mempunyai Momentum?

교육
MYX:HARTA   HARTALEGA HOLDINGS BHD
SEKTOR PEMBUATAN SARUNG TANGAN GETAH
Adakah masih terdapat ruang untuk meneruskan pendakian?

Pemerhatian:
a) Kesemua syarikat pembuatan sarung tangan getah mengalami peningkatan harga antara 100-800%.
b) Ia disebabkan oleh permintaan yang tinggi kerana wabak Covid-19 yang melanda dunia ketika ini.
c) Menurut kenyataan analisa, harga saham ini dijangka akan meningkat sehingga vaksin yang berkesan untuk menangani virus Covid-19 dijumpai.


Rumusan:
- Jika dilihat, harga berada dalam Uptrend, 20/40MA membentuk landasan, dan sebahagian harga membuat 'cucian'.
- Majoriti harga boleh dikatakan berhadapan dengan Rintangan untuk mara ATAU sedang membuat Pullback. Disamping itu juga, terdapat beberapa tanda-tanda kelemahan di dalam carta saham-saham tersebut. Oleh itu, kita perlu lihat beberapa bar yang seterusnya untuk mengenal pasti arah tuju harga seterusnya.
- Potensi untuk saham-saham dalam sektor ini untuk meneruskan pendakian ada; cuma perlu berjaga-jaga sekiranya terdapat berita tentang penemuan vaksin ATAU tiada minat dari 'Smart Money' untuk melonjakkan harga saham tersebut.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.