hoopstunt

[Nota] Heikin ashi ZL

교육
CBOT:ZL1!   Soybean Oil Futures
Nota perbandingan carta 4 jam dan 1 jam untuk rujukan.

Carta kali ini berkisar penggunaan heikin-ashi sebagai indikator dalam penentuan untuk pembelian.

Perhatikan pada kedua-dua carta disebelah kanan dan kiri. Disebelah kiri adalah carta berdasarkan plot pada 4 jam. Dan disebelah kanan adalah carta plot pada 1 jam.

Mari kita tumpukan pada dua tarikh ini, 24/5 pada jam 3ptg dan 6/6 pada pukul 8 malam dimana terdapat signal pembelian (long) pada carta 4h bagi kedua-dua tarikh ini.

Pada tarikh 24/5/19, carta 4 jam sudah menunjukkan signal pembelian berdasarkan heikin ashi. Manakala pada carta 1 jam, belum lagi menunjukkan tanda-tanda pembelian berlaku.

Sekiranya pembelian dibuat pada tarikh 24/5 yang lalu disekitar harga 26.90,harga tertinggi yang pernah dicapai setelah hold position selama 5 hari adalah pada 28.23 dimana mendapat kenaikan sebanyak 133 tick. 1 tick dikira bersamaan 6usd, maka 133 x 6 = 798usd.

Manakala keuntungan yang diperolehi sekiranya pembelian dilakukan pada tarikh 6/6 adalah sebanyak 63 tick bersamaan 378usd.

Kiraan diatas adalah berdasarkan 1 lot position.

Kesimpulan, teknik heikin-ashi boleh dipertimbangkan dalam membuat keputusan pembelian atau penjualan. Dengan syarat perlu membuat perbandingan dengan time frame yang berbeza.
Berdasarkan kajian yang singkat ini, sekiranya pada time frame 4jam sudah menunjukkan signal buy/sell, dan disokong pada time 1 jam (selepas 1 jam kemudian), besar kemungkinan akan ada kenaikan/penurunan akan berlaku.

Penafian: Kandungan maklumat bagi kajian ini adalah untuk rujukan. Maklumat yang tertulis tidak bermaksud untuk menggalakkan pembelian (long) atau penjualan (short) . Sila buat kajian yang waras dan teliti sebelum ingin melakukan sebarang transaksi.

면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.