FTSEMYX:FBMKLCI   FTSE 말레이시아 증권거래소 KLCI 인덱스
Analisa Teknikal
• Pasaran lebih positif pada hari ini dengan FBMKLCI menutup lebih tinggi di 1,863.47 setelah naik 11.20 mata (0.60%). Sentimen pasaran positif dengan 452 kaunter menaik berbanding 338 kaunter menurun, dan 423 kaunter tidak berubah. Jumlah saham diperdagangkan sebanyak 1.629 billion dan nilai saham sebanyak 1.874 billion. Kaunter penggerak utama saham hari ini adalah AXIATA, MAYBANK, GENM dan GENTING. Manakala kaunter yang menyebabkan kejatuhan adalah PBBANK, HLBANK dan PETGAS.
• Melihat daripada sudut teknikal, FBMKLCI hari in positif dengan indeks sentiasa berdagang di atas aras sokongan. EMA 50 juga menjadi aras sokongan yang baik dan ditambah dengan Ichimoku cloud sebagai sokongan.
• Indikator momentum seperti Stochastic kini berada di kawasan terlebih jual (baca:oversold) di mana boleh bersedia untuk kenaikan ke atas. MACD menunjukkan momentum yang lebih baik berbanding semalam.
• Kita jangkakan indeks akan membuat "higher high" dan menuju ke aras rintangan mingguan terdekat dikekalkan pada aras 1,880 (R1) dan 1,900 (R2).
• Aras sokongan mingguan pula di aras 1,850 (S1) dan 1,830 (S2)

Nota:
Analisa hanya rekomendasi peribadi pengarang, risiko kerugian perdagangan/pelaburan anda bukan tanggungjawab kami.

면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.