untuk beberapa hari yang lepas, ramai pelabur mengharap FBMKLCI akan terus naik dan berada dengan selesa di atas paras 1700, itu lah harapan ramai para pelabur dan trader, tidak kurang ramai juga yang masih mempunyai posisi di dalam pasaran, pelbagai cerita cerita yang positif keluar tentang banyak juga saham saham yang tersenarai, lebih lebih lagi cerita yang berkaitan dengan saham saham yang telah membuat kenaikan sejak seminggu yang lalu, bukan sahaja cerita yang best, malah sambil menjual cerita, ada juga yang menyuruh pelabur dan trader untuk membeli saham saham tersebut. takper lah, nak keluar kan cerita apa pun, keluarkan lah, saya pasti para pemain teknikal tidak akan temakan dengan cerita cerita yang terlajak laris yang banyak di pasaran pada ketika ini.
baiklah , melihat pada carta harian FBMKLCI hari ini. jelas terlihat, kejatuhan indeks hari ini telah melemahkan semangat ramai pelabur, kenaikan indeks semalam mungkin dibantu dengan kenaikan saham Tenaga, tetapi pada hari ini, tenaga pula yang membawa kepada kejatuhan indeks.
jika di lihat dengan teliti, memang benar ada sokongan yang sedang menyokong pergerakan kenaikan indeks, dan untuk 3 hari lepas, dilihat pelabur asing ada pembeli kepada pasaran KLCI, tetapi hari ini, menjadi penjual semula. kenaikan indeks telah hampir hampir untuk menembusi paras halangan 20ma dan cubaan keluar mendaki awan, tetapi kejatuhan hari ini elah menggagalkan nya.MACD juga masih bernialai negatif, ini bermaksud, masih belum ada pertukaran dalam trend, trend masih lagi sedang jatuh. dan melihatkan indeks berada dalam awan, ini bermaksud, indeks sedang dalam pergerakan mendatar atau sideways. dan fibonacci menunjukkan ia sedang didagangkan di antara support dan resistance di antara paras 1660 dan paras 1690.
kenaikan itu tidak akan di nafikan, cuma nya, pada ketika ini, belum ada petunjuk beli, apa yang di perlukan terjadi supaya ada petunjuk beli ialah, ndeks harus lah sekurang kurang nya naik di atas garisan 20ma, dan lebih baik lagi, garisan 20ma itu pula sedang menunjuk ke atas.
dan MACD memberikan nilai silangan yang positif. jika itu semua terjadi, sudah pastinya, indeks akan berada di atas awan. dan jika ia terjadi, maka ia di anggap sebagai petunjuk beli. oleh kerana ia belum terjadi, maka sebagai seorang pemain teknikal yang berdisiplin, anda seharusnya masih lagi sedang monitor, dan bukan nya berada dan mengambil posisi di dalam pasaran.
pada waktu yang lepas, saya melihat pada carta minyak WTI dan mendapati ia telah melepasi halangan kuat di paras USD58. jika ini berterusan, ia berkemungkinan akan menjadi pemangkin kepada pasaran saham KLCI.
kesimpulan nya, masih belum ada lagi petunjuk beli, petunjuk yang terakhir adalah petunjuk jual.
Trend Analysis

면책사항