FTSEMYX:FBMKLCI   FTSE 말레이시아 증권거래소 KLCI 인덱스
Analisa Teknikal
• Pasaran saham positif pada hari ini dengan FBMKLCI menutup lebih tinggi di 1,870.37 setelah naik 6.90 mata (0.37%). Sentimen pasaran neutral dengan 401 kaunter menaik berbanding 411 kaunter menurun, dan 406 kaunter tidak berubah. Jumlah saham diperdagangkan sebanyak 1.707 billion dan nilai saham sebanyak 1.835 billion. Kaunter penggerak utama saham hari ini adalah PBBANK,KLCC GENM dan SIME. Manakala kaunter yang menyebabkan kejatuhan adalah CIMB, PETGAS dan RHBBANK.
• Melihat daripada sudut teknikal, FBMKLCI hari in positif dengan indeks sentiasa berdagang di atas EMA 50. "Bullish engulfing candlestick" yang kuat hari ini juga memberi signal yang lebih positif untuk pasaran minggu ini.
• Indikator momentum seperti Stochastic kini berada di kawasan terlebih jual (baca:oversold) dan hampir menunjukkan ke atas bersedia untuk kenaikan semuka. MACD menunjukkan momentum yang positif.
• Kita jangkakan indeks akan meneruskan trend menaik menuju ke aras rintangan 1,900.
• Aras sokongan mingguan pula di aras 1,850 (S1) dan 1,835 (S2)

Nota:
Analisa hanya rekomendasi peribadi pengarang, risiko kerugian perdagangan/pelaburan anda bukan tanggungjawab kami.

면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.