Saham Evolent Health, Inc sebelum ini dilihat bergerak mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Minggu lalu, pergerakan harga dilihat telah memecahkan rintangan corak carta segitiga simetri Pergerakan harga adalah dilihat disokong oleh volum menunjukkan terdapatnya minat penyertaan belian Harga ketika idea ini ditulis dilihat telah membuat penurunan semula menguji kekuatan SBR corak carta berkenaan Menarik untuk diperhatikan sekiranya volum kekal rendah ketika harga menguji sokongan Walaubagaimanapun, pedagang dinasihatkan untuk berhati-hati kerana sentimen pasaran yang dilihat masih lemah Perlu juga diingat bahawa pengumuman FOMC dan Hasil Bon pada minggu ini tidak mustahil memberikan impak kepada pasaran
Ke mana halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!