miketiong.95

DGB (MYX:0152) Kekal di paras sokongan!

MYX:DGB   DGB ASIA BERHAD
Walaupun harga kaunter telah melonjak tinggi semenjak 15 Oktober 2019, kita dapat lihat bahawa harga kaunter telah membentuk dan kekal berada di atas paras sokongan terbaru (RM0.145).

Kedua-dua Stochastic RSI dan MACD juga menunjukkan indikasi bahawa momentum harga telah mula bergerak ke arah positif.

Tambahan pula, volum kaunter ini juga agak konsisten, menunjukkan sentimen pedagang yang positif kerana pembeli jauh melebihi penjual kebelakangan ini.
Sekiranya harga kaunter ini masih kekal berada di atas paras sokongan tersebut, kalian berkemungkinan akan lihat carta membentuk formasi "cup and handle" seperti yang tertera dalam carta di atas.

Memandangkan semua indikasi kelihatan positif buat masa ni, bolehlah kita cuba nasib dan masuk kaunter ini dengan entry yang berikut:

Beli: RM0.165
Cut loss: RM0.140
Untung Jual: RM0.220



Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.