Meem

D&O: Masihkah Mampu?

MYX:D&O   D & O GREEN TECHNOLOGIES BERHAD
D&O dilihat bergerak dalam trend menaik bermula dari tahun dagangan yang lalu

Analisa carta bulanan D&O memperlihatkan beberapa tanda-tanda yang mungkin menunjukkan kelemahan
Analisa volum pada carta bulanan D&O dilihat semakin berkurang tatkala harga melakukan kenaikan yang baharu menunjukkan berkurangnya penyertaan belian
Petunjuk RSI pada selang masa bulanan D&O juga dilihat seakan membentuk 'regular bearish divergence' menunjukkan terdapat kelemahan dalam kenaikan
Namun andainya petunjuk ini diabaikan dan harga berterusan melakukan kenaikan maka isyarat 'Hound of The Baskerville' berkemungkinan berlaku
Andainya harga menurun, EMA20 dan EMA50 dilihat bertindak sebagai sokongan dinamik terdekat yang menyokong pergerakan harga

Penafian
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau individu
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Segala kerjasama didahului dengan terima kasih.
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.