BTCUSDT dilihat sedang menguji paras sokongan setelah melakukan pembetulan sejak beberapa hari yang lalu
Petanda awal pembetulan ini dapat dilihat pada selang masa harian di mana terdapatnya pembentukan 'bearish divergence' yang menunjukkan kelemahan momentum Harga pada ketika ini dilihat sedang cuba bertahan di atas paras sokongan (RBS) hasil daripada pembentukan paras rintangan sebelum ini Jika diperhatikan kedudukan harga juga dilihat berada sekitar paras fibonacci 0.618, berdasarkan lanjutan fibonacci berdasarkan arah aliran Lilin pada dua hari sebelum ini dilihat seakan membentuk corak 'tweezer bottom' yang merupakan corak lilin penolakan Namun, petunjuk RSI pada selang masa harian dilihat masih berada di bawah paras 50 menunjukkan BTC kekurangan momentum kenaikan Trend secara jangka masa panjang dilihat masih lagi menaik
Mampukah BTC bertahan dan meneruskan kenaikan? Sama-sama kita nantikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih