Analisa teknikal Audusd Isnin 22 Okt 2018

Jumaat lepas Audusd telah membuka pasaran dengan memecahkan garis sokongan biru S1 pada titik 0.7096 Ini terbukti jelas jika dilihat pada candlestick H4. Namun candlestick H4 tersebut ditutup pada aras atas titik sokongan S1 bahkan menutup pasaran secara keseluruhan Jumaat pada 0.7118 Ini jelas memberi indikasi kepada kita bahawa tujahan momentum ke bawah adalah lemah. Ini memberi kelegaan kepada pemain pemain pasaran yang masih lagi terikat kepada belian. Pasaran dijangka menaik sekurang kurangnya mencuba untuk mencecah garis rintangan merah R1 pada titik 0.7157 sebelum pergi ke aras rintangan kedua iaitu garis merah R2 pada titik 0.7230 Analisa ini bakal terbatal sepenuhnya jika pasaran berjaya menembusi secara agresif di titik sokongan biru S1 0.7096 sebelum pergi menjunam ke arah garis sokongan kedua biru S2 pada titik 0.7040
201822oktanalisisAUDUSDForexprediksiteknikalTrend Analysis

면책사항