ABMB dilihat bergerak dalam trend menaik sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Lilin terakhir pada hari terakhir dagangan terkini dilihat tutup pada paras harga lebih rendah, enggan melepasi rintangan. Jika diperhatikan lilin pada selang harian, pembentukan corak carta puncak berganda 'double top' dilihat seakan sedang terbentuk. Petunjuk RSI pada selang masa harian juga dilihat membentuk 'exaggerated bearish divergence' sekiranya benar corak carta ini terjadi. Petunjuk volum juga dilihat seakan mengesahkan pembentukan corak carta tersebut dengan volum penyertaan dilihat semakin berkurang ketika harga menguji paras rintangan berbanding volum pada tinggi sebelumnya. Petunjuk EMA (tidak ditunjukkan) walaubagaimanapun masih belum membuat persilangan dan masih dilihat menghala ke atas. Harga berkemungkinan akan turun mencari sokongan dalam masa terdekat. Wallahua'lam.
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau individu *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!