Meem

AAPL: Mampukah Bertahan?

NASDAQ:AAPL   애플 주식회사
AAPL secara amnya dilihat bergerak dalam trend menaik mematuhi sokongan dan rintangan saluran menaik

Terkini harga dilihat berada berdekatan dengan sokongan saluran menaik menguji kekuatan saluran tersebut
Sokongan ini adalah dilihat kritikal kerana bertembung dengan MA200 harian yang merupakan sokongan dinamik terdekat dengan harga
Lilin pada hari sebelumnya dilihat membentuk 'inverted hammer' namun volum pada lilin tersebut dilihat berada di bawah volum purata harian
Begitu juga dengan etunjuk RSI juga masih berada di kawasan jualan dan masih belum memasuki kawasan 'oversold' menunjukkan masih terdapatnya kemungkinan minat jualan masih lagi berlaku
Lilin dagangan ketika idea ini ditulis dilihat menunjukkan terdapatnya minat belian namun jumlah volum masih lagi dilihat dibawah kadar purata volum harian dan kurang daripada hari sebelumnya
Tidak mustahil harga akan naik seketika sebelum meneruskan penurunan kembali atau sebaliknya
Dengan keadaan pasaran semasa yang kurang memberangsangkan mampukah AAPL melawan arus?

Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.