Prestariang Berhad adalah syarikat yg menyediakan perkhidmatan termasuk latihan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan pengedaran dan pengurusan sijil dan perisian (perkhidmatan dan pengedaran ICT), pendidikan, perkhidmatan pekerjaan dan lain-lain.
1. Merujuk post sebelum ini (rujuk pada pautan idea di bawah), Presbhd gagal meneruskan trend menaik apabila menutup sesi dagangan di bawah garisan trend.
2. Pada sesi dagangan hari ini, Presbhd telah membuka sesi dagangan di bawah harga penutupan sesi semalam (gap down) dan mengalami penurunan hampir -14%.
3. Sehingga hari ini, masih tiada isyarat bullish/pembelian utk Presbhd utk pedagang 'swing'.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.