Analisis Mingguan POS (4634)

Di atas merupakan carta mingguan bagi kaunter POS (4634).

Ia telah memulakan perjalanan uptrend bermula pada pertengahan bulan Mac 2016 dengan pengesahan volume dan candle hijau yang besar. Sehingga lah ia berada di puncak pada awal Mei 2017. Sepanjang tempoh tersebut tiada volume berwarna merah yang muncul. Kemudian kaunter ini dalam keadaan sideways dan gagal untuk melepasi puncak yang tertinggi dan kelihatan volume merah yang pertama sudah muncul pada akhir bulan Oktober 2017.

Volume merah yang tinggi dapat dikesan pada pertengahan bulan Disember 2017 serta pada hujung Febuari sehingga Mac 2018 dan paling terbaru pada minggu 19 November 2018.

Bagi para pelabur, kaunter ini perlu dielakkan kerana penjual masih lagi dominan berbanding pembeli. Perlu menunggu isyarat membeli kembali iaitu volume hijau yang besar serta MA cross kembali positif dan candle melepasi garisan MA.

Bagi traders, paras sokongan dapat dilihat pada harga di antara 1.99 sehingga 2.06. Traders boleh mengambil peluang di sini kerana mungkin akan adaa pantulan teknikal.


Nota kaki: Ini merupakan pandangan sahaja. Sebarang risiko tidak akan ditanggung.
Technical IndicatorsSupport and ResistanceTrend Analysis

면책사항