FauziSaham

Greatech ada kemungkinan meneruskan perjalanan.

MYX:GREATEC   GREATECH TECHNOLOGY BERHAD
Apa yang saya melihat menarik di carta 15 minit Greatec ini adalah.

1) Ianya tidak turun dari awan ichimoku.
2) Berlakunya Hammer ketika di dasar awan ichimoku.
3) Low Hammer tersebut adalah di fibonacci level 0.618 (Golden Ratio)
4) Bertitik tolak dari ia mula memanjat dan memecahkan para rintangan 1.07 melalui lonjakan volume, namun gagal memecahkan rintangan 1.08 sebelum retrace balik. Kejayaan memecahkan 1.07 menandakan masih ada kekuatan bullish.
5) Walaupun dia membuat pusingan U, namun penutup berjaya bertahan atas 1.03 (fibonacci level 0.382) dan ditutup pada harga 1.04 iaitu salah satu sokongan intraday.

Pergerakan ini membentuk candle doji pada carta harian. Jika lihat pada carta harian, dua candle dan dua volume terakhir menunjukkan pullback yang sihat.
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.