TradingView
wizoffx
2021년 1월 26일 오전 5시 16분

XAUUSD – Teknikal Analisis Minggu 4 (25 – 29 Jan 21) 

GoldOANDA

설명

Emas (XAUUSD) meneruskan pergerakkan di dalam corak Bull Flag untuk beberapa bulan.

Walaupun pada ketika ini tiada arah yang kuat bagi pembeli dan penjual, kami terus memilih harga bagi XAUUSD yang lebih tinggi untuk tahun 2021.

Bull Flag yang telah jelas kelihatan sejak Ogos lalu akan menunjukkan pergerakan harga yang lebih tinggi.

Tetapi pergerakkan seperti ini memerlukan masa.

XAUUSD boleh menembusi resistance pada minggu ini, atau menghabiskan dua bulan untuk sideway.

Apa yang kami tahu penembusan harga ini pasti ditunggu-tunggu.

Seperti yang telah kami sebutkan beberapa kali, forecast harga untuk corak ini adalah $ 2,380.

Kami menjangkakannya harga tersebut pada akhir tahun ini.
더보기