TradingView
TeropongBursa
2021년 12월 7일 오전 3시 51분

Tips Pemilihan Kaunter untuk Traders baru 교육

SUPERMAX CORPORATION BHDMYX

설명

Jika anda baru terlibat dalam perdagangan saham, sila beri perhatian kepada dua kesilapan yang trader baru biasa buat.

1. Tak Cut Loss bila kena cut loss - tak ikut disiplin.
2. Pemilihan kaunter ikut Most active, kaunter2 hot dan yang orang dah cakap-cakap

Untuk mengurangkan peluang anda mengambil trade yang berisiko tinggi, anda boleh cuba apply technical analysis yang anda belajar pada kaunter yang harganya berada diatas paras MA50.

Kenapa MA50? kerana MA50 rata-rata diterima pakai sebagai indicator untuk "medium term".

jika Tersalah entry untuk kaunter yang harganya DIATAS MA50, dan sebagai trader baru, anda tidak cutloss, tetapi peluang untuk kaunter tersebut naik semula lebih tinggi berbanding kaunter yang kaunter yang harganya DIBAWAH MA50.

Jika tidak ada kaunter yang di atas MA50, pasaran mungkin tengah bearish.

Semoga bermanfaat
코멘트
shaharudin67
Tq
더보기