Adakah Sudah Tiba Masanya Untuk BIOHLDG Bergerak Naik?

BIOHLDG hari ini telahpun memecahkan kotak pengumpulan sebulan disokong oleh volume yang kuat. Mampukah BIOHLDG memulakan langkah untuk mendaki ke atas? Ada dua aras rintangan yang perlu ditempuhi iaitu EMA200 di aras 0.160 dan juga garisan menurun 2 tahun (2yr DTL) di kawasan 0.195 - 0.205. Jika berjaya memecahkan kedua-dua rintangan ini, BIOHLDG akan menukar trend dari menurun (bearish) kepada menaik (bullish). Aras target Traders Corner untuk BIOHLDG adalah di 0.315. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
biohldgTechnical IndicatorsTrend Analysis

또한 다음에서도:

면책사항